Berita
UTHM Sertai Karnival Pendidikan dan Kerjaya Kolej Matrikulasi Sarawak 2025

KUCHING: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB), serta Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) dengan kerjasama Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat (PPKK) telah turut serta dalam Karnival Pendidikan dan Kerjaya Kolej Matrikulasi Sarawak 2025 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini telah diadakan pada 3 Oktober 2025 bertempat di SMT Sejingkat, Kuching.
Penyertaan UTHM dalam karnival ini bertujuan untuk memperkenalkan pelbagai program akademik yang ditawarkan oleh universiti, di samping memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai laluan kemasukan ke program diploma melalui Web-Based Self Evaluation Tool (We-SET) serta syarat kemasukan ke program ijazah sarjana muda. Di samping itu, pengunjung juga berpeluang mendapatkan maklumat tentang kemudahan, fasiliti, dan pelbagai inisiatif kebajikan yang disediakan bagi menyokong kesejahteraan pelajar di kampus.
UTHM telah diwakili oleh Puan Shazana binti Hashim dari Pusat Pengajian Diploma, Prof. Madya Dr Hilton @ Mohd Hilton bin Ahmad dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina, serta Prof. Madya Dr Shaharil bin Mohd Shah dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan UTHM dalam memperkukuh jaringan kerjasama dengan institusi pendidikan dan memperluas capaian promosi universiti dalam kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan prauniversiti di seluruh negara. Melalui penglibatan seperti ini, UTHM terus memainkan peranan penting dalam menarik minat pelajar terhadap bidang teknikal dan kejuruteraan serta menggalakkan mereka melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
