Berita
CeDS Menganjurkan Bengkel Penulisan dan Pendaftaran Paten

PAGOH: Pusat Pengajian Diploma (CeDS) di bawah Jawatankuasa Penyelidikan, Inovasi, dan Komersial telah menganjurkan Bengkel Penulisan dan Pendaftaran Paten pada 14 November 2025 itu bermula pada jam 10:00 pagi memberi tumpuan untuk memberi pendedahan tentang pendaftaran harta intelek di kalangan warga UTHM.
Bengkel ini telah disampaikan oleh staf berpengalaman iaitu Prof. Madya Ts Dr Noraini binti Marsi yang disertai staf warga UTHM kampus Pagoh. Bengkel ini menjadi platform pendedahan dikalangan warga akademik dan penyelidik UTHM bagaimana mendaftar dan mendapatkan no pendaftaran paten, serta yang berkaitan dengan harta intelek seperti hak cipta dan reka bentuk industri yang dikelolakan oleh Pusat Inovasi dan Pengkomersialan UTHM setiap tahun.
Program yang berakhir pada jam 12.00 tengah hari itu diakhiri dengan majlis ringkas penyerahan cenderamata oleh Ts Dr Hazlini binti Dzinun, Timbalan Dekan Pembangunan, Penyelidikan dan Penerbitan CeDS kepada penceramah sebagai tanda penghargaan atas sumbangan masa dan tenaga. Pihak CeDS merakamkan jutaan terima kasih dengan hasrat program dapat memberi manfaat bersama warga akademik di UTHM Pagoh.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
