Berita
Aktiviti Keusahawanan A-FEST 2025 Serlahkan Potensi Pelajar Animasi Sebagai Usahawan Muda
PAGOH: Aktiviti keusahawanan sempena Animation Festival: A-FEST 2025 anjuran Diploma Teknologi Animasi, Pusat Pengajian Diploma (CeDS) UTHM Cawangan Pagoh menerima sambutan yang sangat menggalakkan apabila berjaya merekodkan jualan berjumlah RM1,590.85 sepanjang tiga hari penganjurannya. Pencapaian ini turut dipacu oleh minat mendalam para pengunjung terhadap karya pelajar Diploma Teknologi Animasi (DAG), sekali gus menyerlahkan potensi mereka dalam bidang seni dan keusahawanan kreatif.
Pelbagai gerai dan aktiviti interaktif disediakan sepanjang festival, termasuk Art Selling Booth, Test Drawing Booth (2D, 3D & Traditional), Preloved Book Selling Booth, Live Drawing Photobooth, Minigames Booth, serta Belacak Showcase. Setiap booth menerima kunjungan yang tinggi dan menjadi antara tumpuan utama pengunjung.
Hasil seni yang dipamerkan turut mendapat pujian, khususnya di Art Selling Booth dan Belacak Showcase yang menampilkan karya asli pelajar DAG. Aktiviti Live Drawing Photobooth turut mencuri perhatian apabila pengunjung berpeluang memperoleh potret yang dilukis secara langsung oleh pelajar.
Aktiviti keusahawanan ini berperanan sebagai platform penting untuk mempromosikan karya pelajar, di samping memberi pendedahan praktikal mengenai dunia perniagaan. Melalui penglibatan ini, pelajar dapat mempraktikkan kemahiran berkomunikasi dengan pelanggan, mengurus transaksi dan mengendalikan produk dengan lebih profesional.
Selain mengasah kebolehan teknikal, program ini membantu membentuk minda keusahawanan dalam kalangan pelajar, selaras dengan perkembangan pesat industri kreatif masa kini. Ia juga mempersiapkan mereka bukan sahaja sebagai penggiat animasi, tetapi sebagai individu yang berdaya saing dan berpotensi menjadi usahawan muda.
Secara keseluruhannya, inisiatif keusahawanan A-FEST 2025 membuka ruang pembelajaran yang signifikan kepada pelajar untuk meneroka bakat dan potensi diri dalam bidang seni serta perniagaan. Program ini turut menyemai keyakinan, kreativiti dan pengalaman sebenar yang menjadi asas penting dalam kerjaya dan peluang keusahawanan dalam industri animasi serta seni digital.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor