Berita
Perkongsian Permohonan Geran IMaP

PAGOH: Pusat Pengajian Diploma (CeDS) di bawah Jawatankuasa Penyelidikan, Inovasi, dan Komersial telah menganjurkan Perkongsian dan Geran IMaP pada 28 November 2025 itu bermula pada jam 10.00 pagi memberi tumpuan untuk memberi pendedahan tentang permohonan geran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di kalangan warga UTHM.
Bengkel ini telah disampaikan oleh staf berpengalaman iaitu Ts Dr Hazlini Binti Dzinun yang disertai staf warga UTHM kampus Pagoh. Bengkel ini menjadi platform pendedahan dikalangan warga akademik dan penyelidik UTHM bagaimana mendaftar dan mendapatkan geran Padanan Industri (Matching Grant) dengan kerjasama Syarikat tempatan.
Dalam perkongsian ini, penceramah telah membuat sesi perkongsian bagaimana berhubung dengan Industri , membuat pembentangan kepada pihak KPT, serta mengurus geran secara berkala. Program yang berakhir pada jam 12.00 tengah hari itu diakhiri dengan majlis penutup ringkas sebagai tanda penghargaan atas sumbangan masa dan tenaga pihak penceramah. Pihak CeDS merakamkan jutaan terima kasih dengan hasrat program dapat memberi manfaat bersama warga akademik dan penyelidik di UTHM Pagoh.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
