Berita
Program Khidmat Masyarakat Tautan Sinar JKE Siri 8 di Maahad Darul Huffaz Al-Imtiyaz

BATU PAHAT: Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menganjurkan Program Khidmat Masyarakat Tautan Sinar JKE Siri 08 bertempat di Maahad Darul Huffaz Al-Imtiyaz.
Program ini merupakan kesinambungan daripada CSR Siri 07 yang sebelum ini telah mengenal pasti beberapa isu keselamatan elektrik, khususnya berkaitan sistem pembumian dan keperluan pencahayaan di kawasan letak kenderaan warden. Sehubungan itu, fokus utama program kali ini adalah pemasangan lampu solar serta pemeriksaan dan penambahbaikan sistem pembumian agar mematuhi piawaian asas keselamatan elektrik.
Sepanjang tiga hari pelaksanaan, pasukan JKE telah menjalankan kerja pemasangan lampu solar di kawasan parkir, pemeriksaan menyeluruh sistem pembumian, kerja baik pulih, serta ujian keberkesanan sistem selepas penambahbaikan. Hasil program menunjukkan peningkatan tahap pencahayaan di kawasan letak kenderaan dan bacaan pembumian yang lebih selamat, sekali gus meningkatkan keselamatan premis maahad.
Selain memberi manfaat kepada komuniti, program ini turut menjadi platform pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar di luar kampus, di samping memupuk semangat kesukarelawanan dan memperkukuh jalinan kerjasama antara universiti dan institusi tahfiz. Usaha seumpama ini diharap dapat diteruskan sebagai sumbangan berterusan JKE kepada pembangunan masyarakat setempat.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
