Berita
IET On Campus UTHM Perkasa Pelajar Diploma Melalui Program KTP
PARIT RAJA: Knowledge Transfer Programme (KTP) Bridging the Skills Gap anjuran Institution of Engineering and Technology (IET) On Campus Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya dilaksanakan di Fakulti Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik (FKEE), UTHM dengan penyertaan pelajar daripada pelbagai institusi pendidikan termasuk kolej matrikulasi, politeknik, sekolah menengah serta Pusat Pengajian Diploma (CeDS), UTHM. Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan awal secara hands-on kepada bakal jurutera muda berkaitan aplikasi teknologi tenaga solar dan angin sebagai sumber tenaga mampan dan boleh diperbaharui selaras dengan keperluan industri semasa.
Objektif utama penganjuran program adalah untuk mengurangkan jurang kemahiran (skills gap) dalam kalangan pelajar, meningkatkan kefahaman terhadap teknologi tenaga hijau serta memupuk minat terhadap bidang kejuruteraan tenaga mampan. Program ini turut berperanan sebagai platform pemindahan ilmu dan perkongsian kepakaran antara institusi pendidikan, industri dan badan profesional.
Seramai lapan orang pelajar daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik, CeDS telah menyertai program ini dan diiringi oleh Puan Nadira binti Johari Halim Shah selaku pegawai pengiring. Turut terlibat sebagai penasihat IET On Campus UTHM dan penilai sesi pembentangan pelajar ialah Ts Nur Azliza binti Ahmad.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Profesor Ts Dr Abdul Rasid bin Abdul Razzaq, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTHM, manakala majlis turut diserikan dengan kehadiran Prof. Emeritus Dr Jailani bin Md Yunos, Pemegang Kursi UNESCO (UNESCO Chairholder) di UTHM serta wakil UNESCO dan penaja utama program kali ini. Program ini diharap dapat memperkukuh kompetensi pelajar diploma serta menyediakan mereka sebagai graduan berkemahiran tinggi yang bersedia menghadapi cabaran industri tenaga mampan pada masa hadapan.
Knowledge Transfer Programme (KTP) Bridging the Skills Gap
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor