Berita
Perbincangan Sasaran Kerja Tahunan Universiti (SKTU) Kluster TD PPP Perkukuh Perancangan Strategik 2026

PAGOH: Pra-bengkel Sasaran Kerja Tahunan Universiti (SKTU) di bawah kluster Timbalan Dekan Penyelidikan, Penerbitan dan Pembangunan (TD PPP) telah berjaya dilaksanakan pada 19 Januari 2026 bertempat di Bilik Seminar 2, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh.
Sesi ini memberi tumpuan kepada perancangan strategik dan penyelarasan program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2026 bagi memastikan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Universiti dapat direalisasikan secara berfokus, berimpak dan mampan. Perbincangan berlangsung secara konstruktif dengan penekanan kepada keperluan memperkukuh sinergi antara pusat tanggungjawab serta pemantauan berterusan terhadap sasaran yang telah ditetapkan.
Antara skop utama yang dibincangkan merangkumi:
- Penyelidikan dan penerbitan, termasuk strategi meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil penyelidikan berimpak tinggi;
- Pengkomersilan dan inovasi, melalui pemerkasaan produk melalui projek tahun akhir diploma, teknologi serta pemindahan ilmu ke industri;
- Pembangunan, khususnya dalam memperkukuh kompetensi TVET, infrastruktur dan ekosistem sokongan penyelidikan; serta
- Hubungan industri dan masyarakat, bagi memastikan keterlibatan strategik yang menyumbang kepada impak sosioekonomi dan kebolehpasaran hasil universiti.
Perbincangan ini turut menekankan kepentingan perancangan awal program tahunan, penyelarasan KPI merentas kluster serta pendekatan kolaboratif bersama rakan industri dan komuniti sebagai pemacu utama pencapaian agenda universiti.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
