Berita
Kursus Kompetensi Solar SEDA Siri 1 dan Siri 2 Tingkat Kemahiran Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik

PAGOH: Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Pusat Pengajian Diploma telah berjaya menganjurkan Kursus Kompetensi Solar SEDA Siri 1 dan Siri 2 yang melibatkan pelajar Tahun 2 Diploma Kejuruteraan Elektrik. Kursus ini telah dilaksanakan dalam dua siri iaitu pada 19 hingga 20 Januari 2026 (Siri 1) dan 21 hingga 22 Januari 2026 (Siri 2). Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran teknikal dan kebolehpasaran graduan melalui latihan khusus yang diiktiraf industri.
Seramai 16 orang pelajar telah menyertai Siri 1, manakala 24 orang pelajar terlibat dalam Siri 2, menjadikan keseluruhan 39 orang pelajar mendapat pendedahan profesional berkaitan teknologi tenaga solar fotovolta (PV). Kursus ini dianjurkan oleh Professional Industry Training Centre (PITC), Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), manakala sijil kompetensi dikeluarkan oleh pihak industri, Solaroo Sdn. Bhd. Pelaksanaan kursus ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran teknikal pelajar, malah menyokong keperluan industri serta aspirasi negara ke arah penggunaan tenaga boleh baharu dan lestari.
Kursus ini dikendalikan oleh Dr Nor Aira binti Zamri dan Ts Dr Farahiyah binti Mustafa, yang merupakan pengajar bertauliah Suruhanjaya Tenaga Lestari (SEDA). Kepakaran serta pengalaman industri yang dimiliki oleh kedua-dua tenaga pengajar telah memberi nilai tambah kepada pelaksanaan kursus, khususnya dari aspek aplikasi sebenar di lapangan. Kursus selama dua hari ini merangkumi gabungan pembelajaran teori dan latihan amali, bertujuan memberi kefahaman menyeluruh kepada peserta berkaitan prinsip tenaga solar, reka bentuk sistem, pemasangan serta penilaian prestasi sistem PV.
Penganjuran Kursus Kompetensi Solar SEDA ini diharapkan dapat melahirkan graduan yang lebih bersedia menghadapi cabaran industri hijau serta mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi dalam sektor tenaga solar.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
