Berita
Program IEM Registration dan Industry Knowledge Sharing Perkukuh Pendedahan Industri Pelajar TVET
PAGOH: Program IEM Registration dan Industry Knowledge Sharing Program with Cytron Technologies: ESP32 for Internet of Things (IoT) Projects telah berjaya dilaksanakan pada 16 Januari 2026 bertempat di Dewan Auditorium 5, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Cawangan Pagoh. Program ini merupakan inisiatif tahunan IEM Student Section (IEMSS) UTHM yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar kejuruteraan terhadap peranan profesional jurutera serta keperluan industri semasa.
Antara objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memperkenalkan fungsi dan peranan IEMSS UTHM, menggalakkan keahlian pelajar dalam Institut Jurutera Malaysia (IEM), serta merapatkan jurang antara pembelajaran teori dan aplikasi praktikal melalui perkongsian ilmu industri.
Program ini dianjurkan bersama oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Pusat Pengajian Diploma dan Kumpulan Fokus Modular Educational Robotics (MEBOT), selari dengan aspirasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta peranan UTHM sebagai Pusat UNESCO-UNEVOC.
Perkongsian ilmu industri telah disampaikan oleh penceramah jemputan daripada Cytron Technologies, Encik Idris bin Zainal Abidin, yang berkongsi aplikasi ESP32 dalam pembangunan projek IoT berteraskan keperluan industri sebenar. Program ini turut dihadiri oleh pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Elektrik, penasihat SIEM-UTHM Ts Nur Azliza binti Ahmad, serta Penyelaras Projek Diploma Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Dr Zainab binti Zainal. Penganjuran program ini memberi impak positif terhadap pembangunan kemahiran, kebolehpasaran graduan dan kolaborasi strategik universiti–industri.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor