Berita
CeDS UTHM Terima Lawatan Penanda Aras UTeM Perkukuh Program Diploma Kejuruteraan Elektrik

PAGOH: Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Cawangan Pagoh telah menerima lawatan penanda aras daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 20 Januari 2026. Lawatan ini bertujuan untuk perkongsian dan perbincangan berkaitan pelaksanaan Program Diploma Kejuruteraan Elektrik di kedua-dua institusi.
Lawatan tersebut diketuai oleh Ts Dr Mohamad Faizal bin Baharom, Ketua Pengajian Diploma, Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik, UTeM, bersama tujuh orang pensyarah. Delegasi UTeM telah disambut oleh Dekan CeDS UTHM, Dr Mohamad Faizal bin Ismail, dan sesi perbincangan dikendalikan oleh pihak Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), CeDS UTHM, yang diketuai oleh Pn Norhafiza binti Samion bersama barisan staf jabatan.
Tujuan utama lawatan penanda aras ini adalah untuk membincangkan pelaksanaan Program Diploma Kejuruteraan Elektrik UTHM yang telah menerima pengiktirafan daripada Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) bagi tempoh enam tahun terkini. Selain itu, perbincangan turut memfokuskan kepada pelaksanaan program TVET conversion yang telah dipohon oleh pihak jabatan.
Sepanjang sesi perbincangan, kedua-dua pihak berkongsi pengalaman dan amalan terbaik berkaitan pengurusan kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran, serta cabaran dalam melaksanakan program diploma berteraskan TVET. Sesi ini turut membuka ruang pertukaran idea dan pandangan ke arah penambahbaikan berterusan program akademik.
Lawatan ini diharap dapat memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara CeDS UTHM dan UTeM, seterusnya menyokong pembangunan pendidikan TVET yang berkualiti serta melahirkan graduan berkemahiran tinggi dan berdaya saing.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
