Berita
Lima Projek UTHM Terpilih ke Sesi Saringan Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan KPT 2026

BATU PAHAT: Lima projek strategik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah terpilih untuk menyertai sesi saringan permohonan Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan IPTA 2026 di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), yang dilaksanakan secara dalam talian hari ini.
Kelima-lima projek tersebut merupakan inisiatif berimpak tinggi yang dirangka bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui pendekatan latihan industri, pensijilan profesional, pemerkasaan kemahiran masa hadapan serta kolaborasi strategik bersama pihak industri.
Daripada lima projek yang disenarai pendek, salah satu projek yang turut mendapat perhatian ialah projek daripada Pusat Pengajian Diploma UTHM yang diketuai oleh Ts Inv. Mahmod Abd Hakim. Projek ini memfokuskan kepada pengukuhan kompetensi graduan diploma melalui pendekatan latihan berasaskan industri dan pembangunan kemahiran praktikal yang selari dengan keperluan pasaran kerja semasa.
Projek-projek ini dibentangkan kepada pihak KPT sebagai sebahagian daripada proses penilaian kelulusan geran intervensi kebolehpasaran graduan bagi tahun 2026. Pemilihan lima projek ini mencerminkan komitmen berterusan UTHM dalam merangka program pembangunan graduan yang relevan dengan keperluan industri semasa, di samping memperkukuh ekosistem kebolehpasaran graduan di peringkat nasional.
Pihak universiti merakamkan penghargaan kepada semua ketua projek dan pasukan pelaksana atas usaha dan komitmen dalam menyediakan cadangan projek berkualiti tinggi, sekali gus meningkatkan potensi kelulusan geran bagi tahun 2026.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
