Berita
UTHM Teroka Potensi Kolaborasi Strategik Bersama Persatuan Penggerak Digital Daerah Muar

PAGOH: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia melalui Pusat Pengajian Diploma telah mengadakan satu sesi perbincangan berkenaan potensi kolaborasi strategik bersama Persatuan Penggerak Digital Daerah Muar yang bertempat di Pusat Pengajian Diploma, UTHM.
Sesi perbincangan ini bertujuan meneroka peluang kerjasama yang berfokus kepada pembangunan bakat digital, pemerkasaan pelajar diploma, penglibatan industri serta kolaborasi berimpak tinggi antara institusi pengajian tinggi dan komuniti setempat. Pensyarah yang terlibat dalam sesi perbincangan ini adalah dari Jabatan Teknologi Maklumat yang diwakili oleh Dr. Syarizul Amri bin Mohd Dzulkifli, Encik Muhammad Fazrulhelmi bin Ahmad, Encik Mohamad Fazirul Rafiq bin Afandi, Encik Mokhtar Bin Yahya, Encik Mohammad Haikal Danial bin Mohammad Jota dan Ts. Muhammad Amirul bin Razali. Perbincangan ini turut menyentuh potensi pelaksanaan program latihan, projek kolaboratif, pemindahan ilmu serta aktiviti berteraskan keperluan semasa industri digital.
Antara fokus utama perbincangan adalah peluang penglibatan pelajar dalam projek sebenar industri, penganjuran program bersama seperti bengkel, latihan kemahiran digital, serta inisiatif yang dapat menyokong agenda pendigitalan dan inovasi di peringkat daerah. Kolaborasi ini dilihat mampu menjadi platform strategik dalam melahirkan graduan diploma yang holistik, berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan.
Pihak Pusat Pengajian Diploma menyatakan komitmen untuk memperkukuh jaringan kerjasama dengan rakan strategik luar universiti, khususnya dalam memastikan kurikulum dan aktiviti pembelajaran sentiasa relevan dengan kehendak industri dan masyarakat. Sementara itu, Persatuan Penggerak Digital Daerah Muar turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dalam menyokong pembangunan ekosistem digital dan bakat tempatan melalui pelbagai inisiatif bersama.
Diharapkan hasil perbincangan ini dapat direalisasikan melalui pelaksanaan program dan aktiviti kolaboratif yang memberi manfaat berterusan kepada pelajar, institusi serta komuniti setempat, sekali gus menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi dan agenda pendigitalan negara.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
