Berita
Lawatan Kerja Kumpulan Fokus S-ProuD UTHM Kenal Pasti Ruang Penambahbaikan Operasi Proses Penghasilan Kek Kukus Buah

BATU PAHAT: Kumpulan fokus Sustainable Product Development (S-ProuD), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan lawatan kerja ke Tompo Mari Enterprise, sebuah syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Batu Pahat yang mengusahakan penghasilan kek kukus buah. Perusahaan ini dimiliki oleh Encik Adnan bin Suradi dan beroperasi di alamat 94-21A, Kg. Pt Lubok, Jalan Batu Putih, Batu Pahat, Johor.
Lawatan ini disertai oleh lapan (8) orang ahli kumpulan fokus S-ProuD dengan tujuan meninjau operasi sebenar industri makanan tempatan serta mengenal pasti ruang penambahbaikan melalui kerjasama akademia-industri.
Sepanjang lawatan, sesi perbincangan telah diadakan bersama Pengurus syarikat, Encik Adnan bin Suradi, yang berkongsi pengalaman mengurus perusahaan kek kukus buah serta cabaran operasi yang dihadapi. Antara cabaran utama ialah proses penghasilan kek yang masih menggunakan kaedah manual, yang memerlukan masa yang panjang dan tenaga kerja yang tinggi. Selain itu, susun atur dan keadaan kawasan kerja yang kurang ergonomik turut memberi kesan kepada kecekapan kerja dan keselesaan pekerja.
Kumpulan fokus S-ProuD turut meneliti potensi penambahbaikan dari aspek susun atur tempat kerja, amalan ergonomik, serta peluang penggunaan peralatan separa automatik bagi meningkatkan produktiviti dan konsistensi kualiti produk. Perbincangan ini membuka ruang kepada cadangan khidmat nasihat teknikal dan pemindahan ilmu pada masa akan datang.
Lawatan ini diharapkan dapat mengukuhkan hubungan antara UTHM dan industri IKS tempatan, di samping membantu usahawan meningkatkan kecekapan operasi. Inisiatif seperti ini juga menyokong usaha pemerkasaan industri kecil serta memberi pendedahan praktikal kepada pihak akademia mengenai keperluan sebenar industri.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
