Berita
UTHM Perkukuh Edutourism dan Kelestarian Melalui Ekspedisi Lapangan di Endau Rompin

ENDAU-ROMPIN: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat telah melaksanakan Lawatan Kerja Lapangan Program Edutourism UTHM–Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) di Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Alam (NERC), Taman Negara Endau Rompin (Peta), Johor pada 24 dan 25 Januari 2026.
Lawatan kerja ini disertai oleh Prof. Ts Dr Mas Fawzi bin Mohd Ali, Naib Canselor UTHM; Encik Taufik Bahar, Pengarah PTNJ; Prof. Madya Ir Dr Mohd Adib bin Mohammad Razi, Pengarah Edu-Tourism UTHM dan Ts. Dr Izat bin Yahaya, Ketua Penyelidik dan pasukan penyelidik Kumpulan Fokus Ecohydro UTHM ke Taman Negara Endau Rompin (NERC).
Program ini merupakan kesinambungan kerjasama strategik UTHM–PTNJ hasil pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) sebelum ini, dengan fokus menilai potensi NERC sebagai Living Lab Edutourism yang mengintegrasikan pembelajaran berasaskan pengalaman, penyelidikan lapangan, pemuliharaan biodiversiti serta pemerkasaan komuniti Orang Asli Jakun.
Turut dikongsikan dalam lawatan ini, kejayaan pelaksanaan projek Sistem Hibrid Solar–Mikro Hidro UTHM sebagai bukti konsep teknologi lestari dan tarikan edutourism berimpak tinggi, selari dengan Agenda SDG dan ESG Universiti.
Inisiatif seumpama ini memposisikan UTHM sebagai hab edutourism berteraskan kelestarian dan teknologi hijau, sekali gus memperkukuh peranan universiti dalam pembelajaran berimpak tinggi, penyelidikan antara disiplin serta keterlihatan di peringkat nasional dan antarabangsa.
UTHM Podcast: Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Alam (NERC), Taman Negara Endau Rompin (Peta), Johor
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
