Berita
Jerayawara MyRIVET ke CeDS: Ke Arah Pengukuhan TVET Bersepadu

PAGOH: Institut Penyelidikan Pendidikan dan Latihan Vokasional Malaysia (MyRIVET), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Program Jerayawara MyRIVET ke Pusat Pengajian Diploma (CeDS) bertempat di Kampus Pagoh. Program ini berfungsi sebagai platform strategik bagi memperkukuh pelaksanaan TVET secara bersepadu melalui kerjasama akademik, penyelidikan dan inovasi.
Program ini telah dihadiri oleh Ahli Pengurusan Tertinggi MyRIVET yang diketuai oleh Prof. Dr Badaruddin bin Ibrahim, Pengarah MyRIVET, bersama Prof. Emeritus Dr Jailani bin Md Yunos, Pemegang Kerusi UNESCO (UNESCO Chair Holder). Turut hadir mewakili CeDS ialah Dr Muhammad Faizal bin Ismail, Dekan CeDS, Dr Syarizul Amri bin Mohd Dzulkifli, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat, Puan Norhafiza binti Samion, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Dr Zainab binti Zainal, Felo UNESCO-UNEVOC serta Dr Junita Sulaiman, Felo Institut.
Dalam sesi pembentangan, Prof. Dr Badaruddin bin Ibrahim menghuraikan peranan, pencapaian dan hala tuju MyRIVET sebagai pusat rujukan penyelidikan TVET di peringkat nasional dan antarabangsa. Sesi perbincangan dua hala seterusnya memfokuskan potensi kerjasama program, termasuk cadangan pelaksanaan inisiatif STEM Makerspace yang melibatkan integrasi kepakaran dalam sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), kecerdasan buatan (AI), pendigitalan, dan teknologi hijau.
Peranan pemegang kerusi UNESCO, Prof. Emeritus Dr Jailani bin Md Yunos, juga menekankan kepentingan pemegang kerusi UNESCO dalam memudahkan jaringan antarabangsa serta akses kepada promosi dan kolaborasi global. Platform pelaksanaan program STEM melalui rangkaian sekolah-sekolah UNESCO turut dibincangkan. Secara keseluruhan, program ini membuka ruang pengukuhan kerjasama strategik antara MyRIVET dan CeDS ke arah pembangunan TVET yang lebih holistik dan berimpak tinggi.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
