Berita
Promosi Program Diploma UTHM Secara Dalam Talian Bersama Pelajar Lepasan SPM SMT Melaka dan Ibu Bapa

PAGOH: Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan sesi promosi program diploma secara atas talian khusus kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Teknik (SMT) Melaka bersama ibu bapa mereka.
Program ini dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMT Melaka di bawah pimpinan Dr Faizil bin Wasbari sebagai inisiatif memberi pendedahan awal berkaitan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di UTHM.
Sesi taklimat yang berlangsung pada jam 9.00 malam ini telah disampaikan oleh Dekan Pusat Pengajian Diploma, Dr Muhammad Faizal bin Ismail. Beliau berkongsi maklumat terperinci mengenai laluan pengajian diploma, kelebihan memilih program diploma UTHM, kemudahan makmal dan fasiliti kampus, bantuan kewangan serta peluang kerjaya dan laluan menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda.
Turut ditekankan adalah pendekatan pembelajaran berorientasikan industri, latihan amali di makmal moden serta pendedahan kepada pensijilan profesional yang dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Sesi ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelajar dan ibu bapa yang menunjukkan minat tinggi melalui sesi soal jawab interaktif berkaitan syarat kemasukan, permohonan UPU, biasiswa dan prospek kerjaya selepas tamat pengajian.
Pihak CeDS berharap program seperti ini dapat membantu pelajar membuat keputusan yang lebih tepat dalam merancang masa depan akademik dan kerjaya mereka, di samping mengeratkan hubungan strategik antara UTHM dan sekolah-sekolah teknik di seluruh negara.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
