Berita
Guest Lecture Organic Chemistry Perkukuh Pemahaman Pelajar Dalam Aplikasi Sintesis Bahan Api

PAGOH: Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Kumpulan Fokus Membrane Technology and Environmental Research (MeTER) telah menganjurkan satu sesi Guest Lecture bagi kursus Kimia Organik bagi pelajar Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia secara dalam talian melalui platform Google Meet.
Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi itu menampilkan penceramah jemputan, Dr Arizal Firmansyah, daripada Universitas Islam Negeri (UIN) Walisongo, Indonesia yang menyampaikan perkongsian bertajuk Aldehyde and Ketone: Structure, Reactivity and Application in Synthesis of Fuel Additive.
Sesi perkongsian tersebut memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan struktur, kereaktifan serta aplikasi sebatian aldehid dan keton dalam sintesis bahan tambahan bahan api. Selain aspek teori, pelajar turut didedahkan dengan aplikasi kimia organik dalam industri dan penyelidikan semasa.
Sesi perkongsian tersebut memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan struktur, kereaktifan serta aplikasi sebatian aldehid dan keton dalam sintesis bahan tambahan bahan api. Selain aspek teori, pelajar turut didedahkan dengan aplikasi kimia organik dalam industri dan penyelidikan semasa.
Menariknya, program ini turut melibatkan penyertaan pelajar daripada UIN Walisongo, Indonesia, sekali gus memperkukuh jaringan akademik antarabangsa dan membuka ruang perkongsian ilmu merentas institusi. Penglibatan pelajar dari kedua-dua universiti ini mencerminkan komitmen dalam memperluaskan kolaborasi akademik serta memperkasa pengalaman pembelajaran global dalam bidang kimia organik.
Penganjuran program ini bertujuan memperkukuh kefahaman pelajar terhadap konsep kimia organik serta menghubungkan pembelajaran akademik dengan aplikasi dunia sebenar. Program seperti ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara langsung dengan pakar akademik dan memperluaskan perspektif dalam bidang kimia.
Sepanjang sesi berlangsung, pelajar menunjukkan penglibatan yang aktif menerusi sesi soal jawab dan perbincangan ilmiah bersama penceramah.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr Arizal Firmansyah atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman bersama warga pelajar UTHM dan UIN Walisongo. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha memperkasakan budaya ilmu, jaringan akademik antarabangsa dan kecemerlangan pendidikan tinggi.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
