Berita
Pengukuhan Kolaborasi Akademik UTHM–UIN Walisongo Melalui Kuliah Tetamu HPLC dalam Analisis Kimia

SEMARANG: Pensyarah daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Ts Dr Hazlini binti Dzinun, Timbalan Dekan Penyelidikan, Penerbitan dan Pembangunan telah dijemput sebagai penceramah bagi sesi Kuliah Tetamu Kimia Pemisahan anjuran Jurusan Kimia, Fakultas Sains dan Teknologi, Universitas Islam Negeri (UIN) Walisongo Semarang, Indonesia.
Sesi yang berlangsung secara dalam talian melalui platform Zoom itu membawakan tajuk HPLC in Practice: From Separation Principles to Real Sample Analysis. Program tersebut telah disertai seramai 55 peserta yang terdiri daripada pelajar dan staf akademik dari UIN Walisongo Semarang dan UTHM.
Dalam sesi perkongsian tersebut, peserta didedahkan dengan prinsip asas pemisahan menggunakan High Performance Liquid Chromatography (HPLC), komponen instrumen, kaedah analisis sampel sebenar serta aplikasi HPLC dalam bidang kimia, farmaseutikal dan analisis makanan. Selain itu, peserta turut diberikan penerangan berkaitan interpretasi kromatogram dan amalan makmal yang baik dalam analisis kimia.
Program ini bertujuan memperkukuh pemahaman peserta terhadap teknik analisis moden serta memperluaskan kolaborasi akademik antarabangsa antara UTHM dan UIN Walisongo Semarang. Sesi turut berlangsung secara interaktif menerusi perbincangan ilmiah dan soal jawab bersama peserta.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ts Dr Hazlini binti Dzinun atas kesudian berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam bidang kimia analisis bersama peserta program. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha memperkukuh jaringan akademik, perkongsian ilmu dan kecemerlangan pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
