Berita
Bengkel Bersama Pemeriksa Luar Perkukuh Kualiti Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal UTHM

PAGOH: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Bengkel Bersama Pemeriksa Luar bagi Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DAM) bersama pemeriksa luar, Prof. Madya Ir Ts Dr Mohd Hadzley bin Abu Bakar pada 14 Mei 2026. Program yang berlangsung di UTHM Kampus Pagoh ini telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Akademik CeDS, Ts Dr Norhayati binti Ngadiman. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa sesi semakan dan penilaian bersama pemeriksa luar merupakan platform penting dalam memastikan program akademik sentiasa relevan, berkualiti dan memenuhi keperluan semasa industri serta badan akreditasi.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Dr Noor Azizah bin Sidek; Ketua Program Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Puan Siti Mariam binti Basharie; dan semua ahli jawatankuasa lain yang berkaitan.
Penganjuran bengkel ini bertujuan memperkukuh pelaksanaan penambahbaikan berterusan (Continuous Quality Improvement, CQI), semakan kurikulum, serta meningkatkan keberkesanan penyampaian program Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Selain itu, sesi perbincangan turut memberi fokus kepada pencapaian hasil pembelajaran pelajar, keperluan semasa industri, pelaksanaan latihan industri serta cadangan penambahbaikan bagi memastikan program DAM terus kompetitif dan selari dengan perkembangan teknologi semasa.
Pihak Jabatan Kejuruteraan Mekanikal CeDS turut merakamkan penghargaan kepada Prof. Madya Ir Ts Dr Mohd Hadzley bin Abu Bakar atas kesudian berkongsi kepakaran dan pandangan profesional dalam membantu memperkukuh mutu akademik program yang ditawarkan. Program seperti ini mencerminkan komitmen berterusan UTHM dalam memperkasa pendidikan TVET berkualiti tinggi dan melahirkan graduan yang kompeten, holistik serta memenuhi kehendak industri dan negara.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
