Berita
Lawatan Muhibbah CeDS ke FKAAB UTHM Perkukuh Kerjasama Akademik dan Profesional

PARIT RAJA: Pihak Pengurusan dari Pusat Pengajian Diploma (CeDS) yang diketuai oleh Dr Muhammad Faizal bin Ismail selaku Dekan CeDS telah mengadakan lawatan muhibbah ke Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB) bagi memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam aspek akademik, profesionalisme, penyelidikan serta pembangunan pelajar.
Lawatan yang berlangsung dalam suasana mesra dan profesional ini membuka ruang perbincangan dua hala berkaitan pelbagai agenda penting demi meningkatkan kecemerlangan pendidikan teknikal dan vokasional di universiti.
Antara agenda utama yang dibincangkan ialah cadangan pelaksanaan program Sharing Towards Professional Engineer dengan penglibatan panel dan penceramah daripada FKAAB bagi memberi pendedahan kepada pensyarah serta pelajar mengenai laluan dan pengalaman ke arah status Jurutera Profesional.
Selain itu, turut dibincangkan peluang penglibatan pensyarah daripada FKAAB untuk menyumbang kepakaran dalam pengajaran dan pembelajaran di Jabatan Kejuruteraan Awam, Pusat Pengajian Diploma (JKA CeDS). Kerjasama ini dijangka dapat memperkukuh perkongsian ilmu, kepakaran industri dan amalan terbaik dalam bidang kejuruteraan awam.
Sesi perbincangan bersama Ts Dr Hazlini binti Dzinun selaku Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pembangunan dan Penerbitan) turut memberi fokus kepada potensi kolaborasi dalam bidang penerbitan ilmiah, penyelidikan, Community of Research (COR) serta Focus Group (FG) yang mampu meningkatkan budaya penyelidikan dan penghasilan penerbitan berkualiti dalam kalangan warga akademik.
Di samping itu, dicadangkan juga diadakan sesi pertemuan antara Timbalan Dekan Akademik (TDA) CeDS bersana TDA FKAAB bagi membincangkan aspek penyeliaan pelajar Projek Sarjana Muda (PSM), termasuk perkongsian pengalaman, penambahbaikan proses penyeliaan dan usaha memperkasakan kualiti hasil penyelidikan pelajar.
Lawatan ini diharapkan menjadi titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih erat antara CeDS dan FKAAB dalam melahirkan graduan yang kompeten, profesional dan berdaya saing selaras dengan aspirasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
