Berita
Sesi Perkongsian Eksklusif Strategi Menawan Geran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
PAGOH: Satu sesi perkongsian yang penuh inspirasi telah berlangsung secara dalam talian bagi membimbing para penyelidik di Pusat Pengajian Diploma (CeDS) dalam merancang permohonan geran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Sesi perkongsian ini merupakan pembuka tirai bagi tahun 2025 di bawah penganjuran Jawatankuasa Penyelidikan dan Inovasi sebagai satu langkah dalam membantu staf akademik untuk memohon geran di peringkat kebangsaan. Sesi ini menampilkan penceramah jemputan, Ts Inv. Dr Shelena a/p Soosay Nathan, yang berkongsi pelbagai strategi dan pengalaman beliau dalam permohonan pembiayaan dengan agensi terbabit. Beliau merupakan penerima tunggal di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang berjaya mendapat pembiayaan sebanyak RM10 000 bagi tajuk kajian A Study on Public Higher Educational Institution Users Broadband Service Quality of Experience and Adoption Factors.
Program yang berlangsung dari jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi melalui platform Google Meet ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 30 orang daripada pelbagai jabatan di CeDS. Antara topik menarik yang dikupas termasuklah kriteria utama permohonan geran, tips menyesuaikan idea projek dengan hala tuju SKMM dan dasar negara dan penekanan terhadap kepatuhan kepada penghantaran laporan interim. Dr Shelena turut menekankan pentingnya memahami kehendak penilai dan mempersembahkan idea secara jelas, padat dan inovatif.
Di hujung sesi, para peserta diberi peluang untuk mengemukakan soalan menjadikan sesi ini bukan sahaja informatif bahkan sangat interaktif. Sesi ini dilihat sangat membantu dan memberi pencerahan kepada mereka yang ingin memohon geran SKMM. Selain itu, ia merupakan satu inisiatif ke arah memperkasakan budaya penyelidikan dalam kalangan penyelidik di CeDS.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor