Skip to main content

Berita

Bengkel Penyediaan Modul Pakar-LI: Persediaan Asas Kerjaya

Oleh Mohd Suhaimi bin Md Yasin
09 Mei 2025, 8:08 am
Bengkel Penyediaan Modul Pakar-LI: Persediaan Asas Kerjaya

MELAKA RAYA: 9 Mei 2025 telah berlangsungnya Bengkel Penyediaan Modul Pakar-LI: Persediaan Asas Kerjaya dan Latihan Industri bertempat di Imperial Heritage Hotel Melaka. Ucaptama program telah disampaikan oleh pengarah Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni (PKKA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) iaitu Prof. Madya Ir Ts Dr Muhammad Saufi bin Kamarudin bengkel ini disampaikan. Wakil Pusat Pengajian Diploma (CeDS), UTHM telah terlibat sepenuhnya dalam program ini iaitu Encik Mohd Suhaimi bin Md Yasin selaku Ketua Penyelaras Latihan Industri Pusat Pengajian Diploma UTHM dan Encik Abdul Halim bin Omar selaku Ketua Program Alumni PKKA UTHM. Selain itu, program bengkel ini juga melibatkan sekitar 22 orang peserta dari kalangan wakil-wakil ketua penyelaras Latihan Industri Pusat dan Jabatan pengajian di UTHM.

Program ini berlangsung selama dua hari dan melibatkan dua segmen utama iaitu Bengkel Pakar LI 1 dan Bengkel Pakar LI 2. Secara keseluruhannya pengisian program adalah melibatkan pemerkasaan semula kaedah dan perlaksanaan latihan industri yang lebih teratur dan mapan. Dalam era Pembangunan teknologi dalam cabaran semasa, penambahbaikan kaedah dan perlaksanaan pengurusan latihan industri di peringkat UTHM perlu diperkasakan bagi menghasilkan output pelajar yang mempunyai nilai akademik dan sahsiah diri yang mantap sebelum memasuki alam pekerjaan sebenar. Semoga dengan adanya bengkel ini, dapat memperkasakan serta menjadi nilai tambah dalam pemantapan pengurusan Latihan industri pelajar di UTHM dan CeDS khususnya.