Skip to main content

Berita

Hampir 60 Staf Sertai Program From Idea to Pitch: A Step-by-Step Journey Towards Securing Ministry Grants bagi Memperkasa Permohonan Geran Kementerian

Oleh Dr Norhaliza binti Abu Bakar, Ts Dr Hazlini binti Dzinun, Dr Junita binti Sulaiman, Puan Hafsa binti Mohammad Noor, Ts Mohd Hamim bin Sanusi @ Ikhsan, Ts Ahmad Hakimi bin Mat Nor
25 Februari 2026, 5:17 pm
Hampir 60 Staf Sertai Program From Idea to Pitch: A Step-by-Step Journey Towards Securing Ministry Grants bagi Memperkasa Permohonan Geran Kementerian

PAGOH: Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menganjurkan sesi perkongsian ilmu bertajuk From Idea to Pitch: A Step-by-Step Journey Towards Securing Ministry Grants yang berlangsung secara dalam talian melalui platform Google Meet. Program yang diselaraskan dari kampus Pagoh ini menerima sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran hampir 60 orang staf akademik.

Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Ts Dr Hazlini binti Dzinun, Timbalan Dekan Pembangunan, Penyelidikan dan Penerbitan, CeDS. Beliau berkongsi panduan praktikal berkaitan strategi penyediaan kertas cadangan geran kementerian secara tersusun dan berkesan, termasuk keperluan utama permohonan, kesilapan lazim yang perlu dielakkan serta pendekatan strategik bagi meningkatkan kebarangkalian kejayaan.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada staf akademik mengenai laluan daripada pencetusan idea penyelidikan sehingga pembentangan (pitching) cadangan geran yang berkualiti. Para peserta turut berpeluang mengemukakan soalan dan berkongsi pengalaman berkaitan permohonan geran, sekali gus mewujudkan suasana interaktif sepanjang sesi.

Penganjuran program ini diharapkan dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan staf akademik untuk lebih aktif memohon geran penyelidikan, selaras dengan aspirasi universiti dalam memperkukuh budaya penyelidikan dan inovasi. Secara keseluruhannya, program ini telah berlangsung dengan jayanya serta memberi impak positif kepada pembangunan kompetensi penyelidikan warga akademik CeDS.