Berita
KITS PAK 2026: Transformasi Profesionalisme Penasihatan Akademik dan Kerjaya CeDS
PAGOH: Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Bengkel KITS PAK 2026 bertempat di Bilik Perbincangan, Aras Pejabat Dekan CeDS, Kampus Pagoh. Bengkel ini melibatkan empat orang staf akademik Jawatankuasa Kemajuan Akademik CeDS dan dipengerusikan oleh Sr Nornajihah binti Mohammad Yazid.
Bengkel ini merupakan inisiatif memperkasa peranan Penasihat Akademik dan Kerjaya (PAK) ke arah penasihatan yang lebih profesional, sistematik dan berimpak tinggi. Ia turut berfungsi sebagai platform penyelarasan maklumat berkaitan kluster akademik dan Hal Ehwal Pelajar (HEPA), termasuk aspek kebajikan, peraturan akademik, pemantauan prestasi serta pembangunan sahsiah dan kerjaya pelajar.
Peserta mengikuti latihan penggunaan Sistem KITS sebagai medium pemantauan dan dokumentasi penasihatan, sekali gus membolehkan pengesanan awal pelajar berisiko serta pelaksanaan intervensi yang lebih berfokus dan berstruktur.
Secara keseluruhannya, pembangunan KITS PAK 2026 diharapkan dapat memperkukuh sistem sokongan akademik CeDS dan menyumbang kepada peningkatan kecemerlangan serta kebolehpasaran pelajar secara holistik.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor