Berita
Dari Bilik Kuliah ke Penerbitan: Kompilasi Projek Pelajar Kursus Discrete Mathematics
PAGOH: Kursus Discrete Mathematics merupakan salah satu kursus teras yang memperkenalkan pelajar kepada konsep penting seperti teori graf, logik, kombinatorik dan algoritma yang menjadi asas dalam bidang matematik dan sains komputer. Bagi meningkatkan pemahaman pelajar terhadap konsep ini, satu projek berkumpulan telah dilaksanakan semasa Semester I, Sesi 2024/2025.
Melalui projek tersebut, pelajar diminta mengaplikasikan algoritma Prim dan Kruskal dalam menyelesaikan masalah Minimum Spanning Tree (MST) yang berkaitan dengan situasi dunia sebenar seperti rangkaian jalan, sistem komunikasi dan pengoptimuman laluan. Projek-projek terbaik dipilih berdasarkan ketepatan penyelesaian, kreativiti idea serta kualiti laporan.
Seterusnya, projek terpilih melalui proses penambahbaikan dan penyuntingan sebelum dikompilasikan sebagai sebuah Book of Chapter yang bertajuk Graph Theory in Action Solving Real Life Problem with Prim’s and Kruskal Algorithms. Hasil usaha berterusan ini akhirnya berjaya diterbitkan pada penghujung Semester I, Sesi 2025/2026. Buku tersebut mengandungi enam bab kajian kes yang memaparkan aplikasi teori graf dalam menyelesaikan pelbagai masalah praktikal.
Penerbitan ini memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengalaman awal dalam penulisan akademik serta melihat hasil pembelajaran mereka diterbitkan dalam bentuk buku, sekali gus menggalakkan budaya penyelidikan dan perkongsian ilmu dalam kalangan pelajar.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor