Berita
UTHM Turun Padang Dekati Lepasan SPM, Perkenal Program Diploma

PAGOH: Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat (PPKK) serta Pejabat Pengurusan Akademik (PPA) telah mengadakan turun padang hari ini bagi mendekati lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta warga sekolah di sekitar Johor.
Program berkenaan dianjurkan bersempena pengumuman keputusan SPM, dengan matlamat memberikan pendedahan awal kepada para pelajar mengenai laluan pendidikan selepas SPM serta pilihan program diploma yang ditawarkan di UTHM. Inisiatif ini juga dilihat sebagai usaha proaktif universiti dalam membantu pelajar membuat keputusan yang tepat berkaitan hala tuju pendidikan mereka.
Antara sekolah yang terlibat dalam program ini ialah SM Sains Muar, SMK Tun Ismail, SMK Datuk Menteri, SMK Bandar T6, SMK Dato’ Onn serta SMK Dato' Haji Hassan Yunos.
Sepanjang program, para pelajar telah diberikan penerangan berkaitan struktur program diploma, peluang kerjaya serta kelebihan melanjutkan pengajian di UTHM. Sesi interaksi secara langsung turut memberi ruang kepada pelajar untuk mengemukakan soalan dan mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Pihak penganjur turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua lepasan SPM atas pencapaian masing-masing, disamping berharap agar usaha ini dapat menjadi pemangkin kepada pelajar untuk melangkah ke alam pengajian tinggi.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Lawatan CeDS ke JPN Johor
