Berita
Projek SULAM CeDS 2025: Makerobot Challenge Menarik Minat Murid Sekolah Dalam Bidang STEM

PARIT RAJA: Program Projek SULAM CeDS 2025: Makerobot Challenge yang berlangsung pada 23 dan 24 Oktober 2025 di Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Parit Raja telah berjaya dijalankan dengan lancar mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Aktiviti yang bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang ini melibatkan 108 orang pelajar tahun 2 Diploma Kejuruteraan Elektrik (DAE) yang turut dibantu oleh 16 orang pensyarah sebagai fasilitator. Program ini turut mendapat penyertaan murid-murid daripada 38 buah sekolah, termasuk 34 sekolah rendah, 3 sekolah menengah, serta penglibatan antarabangsa daripada Madrasah Aliyah Negeri (MAN), Kota Sorong, Papua Barat, Indonesia.
Sepanjang program, para peserta telah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti berfokus kepada cabaran robotik, manakala semua ahli jawatankuasa, pensyarah pengiring, dan rakan industri telah menunjukkan kerjasama yang cemerlang dalam memastikan kelancaran program.
Program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan memberikan pengalaman pembelajaran yang berharga kepada semua peserta. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga telah memenuhi jangkaan dari segi perancangan dan hasil, sekali gus memperkukuh lagi komitmen UTHM dalam memupuk kreativiti dan inovasi dalam bidang kejuruteraan di kalangan pelajar.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis… -
Perkongsian Permohonan Geran IMaP -
IET On Campus UTHM Perkasa Pelajar Diploma Melalui Program KTP
