Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
Pengenalan
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) diperkenalkan sebagai penambahbaikan kepada Amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Sentiasa Amal) yang telah diamalkan di Universiti Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebelum ini. Pelaksanaan EKSA bagi menggantikan Amalan 5S ini adalah selaras dengan usaha Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) untuk membentuk identiti institusi yang unik.
EKSA mempertimbangkan keperluan untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang lebih sistematik, selesa dan kondusif, supaya lebih relevan dalam konteks universiti. Penambahbaikan ini juga seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing universiti di samping memupuk budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga UTHM.
Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan prinsip Amalan 5S yang ditambah baik, dengan penambahan beberapa elemen baharu untuk menyokong pewujudan persekitaran kerja yang lebih teratur, selesa dan kondusif di universiti.