Soalan Lazim
Akademik
Peraturan Akademik Edisi Kelapan boleh dimuat turun dari laman Muat Turun atau dari portal Pejabat Pengurusan Akademik. Ia merangkumi 14 bahagian dimana antaranya menerangkan:
- Pendaftaran, pembetulan dan tarik diri kursus
- Sistem kredit
- Penangguhan, penggantungan dan pemberhentian pengajian
- Semakan gred dan rayuan
- Penganugerahan diploma
Pendaftaran kursus boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem Maklumat Akademik Pelajar.
Kalendar akademik boleh dimuat turun dari laman Muat Turun atau dari portal Pejabat Pengurusan Akademik.
Jadual kerja pelajar boleh dimuat turun dari portal Pejabat Pengurusan Akademik.
Jadual kuliah boleh didapati di portal Pejabat Pengurusan Akademik.
Lokasi kelas di kampus boleh diketahui dengan merujuk Pelan Blok serta Senarai Bilik Kuliah dan Makmal dari laman Muat Turun.
Dokumen Perancangan Kuliah atau Lecture Plan semua kursus perlu disimpan bagi memudahkan proses pengecualian kredit kursus, apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda kelak.
Jadual peperiksaan boleh didapati di portal Pejabat Pengurusan Akademik.
Pendidikan berasaskan hasil atau outcome-based education (OBE) merupakan tulang belakang pendidikan, khususnya di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia. Menurut Spady (1994), OBE bermaksud memberi tumpuan dan mengatur semua perkara dalam sistem pendidikan dengan jelas, berpaksikan apa yang penting untuk para pelajar, agar mereka boleh menghabiskan pembelajaran dengan jayanya, di akhir pengalaman pembelajaran mereka. Ini bermakna, OBE bermula dengan gambaran jelas tentang apa yang penting untuk pelajar pelajari, kemudian mengatur kurikulum, pengajaran dan penilaian untuk memastikan pembelajaran akhirnya berlaku.
Oleh itu, OBE adalah proses yang melibatkan penyusunan kurikulum, penilaian dan amalan pelaporan dalam pendidikan, untuk membolehkan pelajar, memperoleh pencapaian dan menguasai pembelajaran pada peringkat tertinggi.
Antara kepentingan pendidikan berasaskan hasil adalah:
- Menggalakkan pelajar memperoleh piawaian pencapaian tertinggi menerusi penglibatan yang mendalam dalam pembelajaran.
- Menyediakan pelajar untuk suasana kehidupan dan pekerjaan abad ke-21.
- Menggalakkan penghasilan bentuk penilaian yang lebih tulen dan telus.
- Menggalakkan proses membuat keputusan mengenai kurikulum dan kaedah pengajaran dilakukan di peringkat institusi pengajian.
- Disokong oleh penandatangan Dublin Accord.
Secara asasnya, pendidikan berasaskan hasil dilaksanakan seperti berikut:
- Dipandu oleh manual akreditasi Majlis Akreditasi Teknologi Kejuruteraan (ETAC) atau manual akreditasi Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), serta manual akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
- Penyediaan dokumen seperti tatacara operasi piawai (SOP), fail, pembelajaran berasaskan masalah (PBL), tugasan, ujian, peperiksaan, manual makmal, tesis dan laporan latihan industri, yang memenuhi kehendak ETAC atau MBOT, serta MQA.
- Pelaksanaan penambahbaikan kualiti berterusan (CQI) pada setiap semester.
Objektif Pendidikan Program
Objektif pendidikan program atau programme educational objectives (OBE) adalah pernyataan luas yang menerangkan pencapaian kerjaya dan profesional, yang program tersebut lakukan, dalam penyediaan graduan.
Hasil Pembelajaran Program
Hasil pembelajaran program atau programme learning outcomes (PLO) adalah pernyataan yang menerangkan apa yang diharapkan pelajar tahu, dan dapat lakukan atau capai, dari segi kemahiran, pengetahuan dan tingkah laku atau sikap, setelah tamat pengajian.
Hasil Pembelajaran Kursus
Hasil pembelajaran kursus atau course learning outcomes (CLO) adalah pernyataan yang menerangkan apa yang harus pelajar pelajari di akhir kursus.
Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI)
Penambahbaikan kualiti berterusan atau continuous quality improvement (CQI) Proses yang dilakukan pada setiap semester, yang menggalakkan penggunaan data yang objektif, dalam menganalisis serta membuat penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kebajikan
Panduan untuk mendapatkan penajaan, biasiswa atau pinjaman yang ditawarkan kerajaan negeri serta persekutuan boleh didapati di laman Muat Turun.
UTHM menyediakan lebih 10 bantuan kebajikan untuk pelajar yang kurang berkemampuan. Sila layari portal Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM untuk maklumat lanjut.
Dermasiswa Zakat UTHM merupakan skim tajaan untuk pelajar UTHM. Permohonan bagi skim ini akan diumumkan di laman Facebook Zakat UTHM.
Permohonan bagi bantuan zakat pelajar akan diumumkan di laman Facebook Zakat UTHM.
Permohonan bagi bantuan komputer riba akan diumumkan di laman Facebook Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan laman Facebook Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).
Permohonan bagi bantuan makanan Sabil Al-Hikmah akan diumumkan di laman Facebook Pejabat Hal Ehwal Pelajar.
Kolej Kediaman
Ya, pelajar diploma diberi kemudahan untuk menetap di Kolej Kediaman Kampus Pagoh, sepanjang tempoh pengajian selama lima semester.
Pengurusan kolej kediaman tidak termasuk dalam bidang kuasa Pusat Pengajian Diploma. Oleh itu, soalan-soalan berkaitan kolej kediaman perlu diajukan terus kepada pegawai kolej seperti yang disenaraikan di direktori ini.