Ragu-ragu sama ada keputusan SPM memenuhi syarat kemasukan? Jimatkan masa dengan membuat semakan pantas menerusi Web-Based Self Evaluation Tool (We-SET).
Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) Kepujian (Gred C) termasuk Bahasa Melayu / Bahasa Melayu Kertas Julai dan Lulus (Gred E) Sejarah.
Syarat Khas Universiti
Syarat khas UTHM mengikut program adalah seperti berikut:
Program
Syarat-syarat
Diploma Kejuruteraan Awam
Lepasan SPM perlu mendapat sekurang-kurangnya:
Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Matematik dan SATU (1) dalam mana-mana mata pelajaran yang diambil di peringkat SPM, DAN;
Lulus Atas (Gred D) dalam mata pelajaran Matematik Tambahan dan Fizik, DAN;
Lulus (Gred E) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM;
ATAU
Lulus Pensijilan Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) A Tahap 4
DAN
Calon TIDAK mempunyai ketidakupayaan anggota yang menyukarkan kerja amali.
Diploma Kejuruteraan Mekanikal
Diploma Kejuruteraan Elektrik
Lepasan SPM perlu mendapat sekurang-kurangnya:
Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Matematik dan SATU (1) dalam mana-mana mata pelajaran yang diambil di peringkat SPM, DAN;
Lulus Atas (Gred D) dalam mata pelajaran Matematik Tambahan dan Fizik, DAN;
Lulus (Gred E) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM;
ATAU
Lulus Pensijilan APEL A Tahap 4
DAN
Calon TIDAK buta warna dan TIDAK mempunyai ketidakupayaan anggota yang menyukarkan kerja amali.
Diploma Sains Gunaan
Lepasan SPM perlu mendapat sekurang-kurangnya:
Lulus Atas (Gred D) dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik, DAN;
Kepujian (Gred C) dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran SPM, DAN;
Lulus (Gred E) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM;
ATAU
Lulus Pensijilan APEL A Tahap 4
DAN
Calon TIDAK mempunyai ketidakupayaan anggota yang menyukarkan kerja amali.
Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia
Lepasan SPM perlu mendapat sekurang-kurangnya:
Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Matematik, Kimia dan SATU (1) dalam mana-mana mata pelajaran yang diambil di peringkat SPM, DAN;
Lulus Atas (Gred D) dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, DAN;
Lulus (Gred E) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM;
ATAU
Lulus Pensijilan APEL A Tahap 4
DAN
Calon TIDAK mempunyai ketidakupayaan anggota yang menyukarkan kerja amali.
Diploma Teknologi Animasi
Lepasan SPM perlu mendapat sekurang-kurangnya:
Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Matematik, DAN;
Lulus (Gred E) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM;
ATAU
Lulus Pensijilan APEL A Tahap 4
DAN
Calon TIDAK buta warna dan TIDAK mempunyai ketidakupayaan anggota yang menyukarkan kerja amali
DAN
Lulus temuduga ATAU penghantaran portfolio ATAU sebarang penilaian yang dijalankan oleh pihak universiti.
Diploma Teknologi Maklumat
Lepasan SPM perlu mendapat sekurang-kurangnya:
Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Matematik, DAN;
Lulus (Gred E) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM;
ATAU
Lulus Pensijilan APEL A Tahap 4
DAN
Calon TIDAK mempunyai ketidakupayaan anggota yang menyukarkan kerja amali.
Ragu-ragu sama ada keputusan SPM memenuhi syarat kemasukan?