Melaksanakan program diploma di dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh badan-badan akreditasi yang berkaitan.
Menghasilkan sekurang-kurangnya 20% graduan diploma dengan pencapaian CPA ≥ 3.50 dalam setahun.
Memastikan kebolehpasaran graduan mencapai sekurang-kurangnya 90% selepas enam bulan bergraduan.
Menghasilkan sekurang-kurangnya purata satu penerbitan per staf akademik dalam bentuk kertas persidangan / artikel jurnal / prosiding / modul / buku karya asli / buku terjemahan / bab dalam buku / artikel ilmiah lain yang berkaitan dalam setahun.
Memastikan sekurang-kurangnya 50% staf akademik terlibat dalam penyelidikan / perundingan / inovasi pada tahun semasa.
Memastikan sekurang-kurangnya 90% staf memenuhi keperluan tujuh hari program latihan dan pembangunan setahun.