Multidisciplinary Applied Research and Innovation (MARI) adalah terbitan berkala akses terbuka dan berwasit (peer-reviewed) yang diterbitkan oleh Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Objektif MARI ialah menjadi platform intelektual untuk berkongsi produk penyelidikan dan memperkasa penerbitan dari CeDS. MARI bermatlamat untuk mempromosi kajian multidisiplin, selain menjadi terbitan berkala terkemuka dalam penyelidikan dan inovasi multidisiplin di UTHM.
MARI menerbitkan kertas asal, kertas ulasan, rangka kerja konsep, model analisis dan simulasi, kajian kes, penyelidikan empirikal, nota teknikal dan ulasan buku. Penulis dijangka menyerahkan manuskrip penuh (minimum 6 muka surat hingga maksimum 10 halaman) untuk diterbitkan. Hanya kertas yang mengikut garis panduan dan garis masa penerbitan akan diterbitkan dalam MARI. Kami berhasrat menerbitkan MARI sebanyak tiga isu setahun. MARI mengalu-alukan kertas penyelidikan berkaitan (tetapi tidak terhad) kepada topik berikut; Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Sains Gunaan, Teknologi Kejuruteraan Kimia, Teknologi Animasi dan Teknologi Maklumat.