Skip to main content

Berita

Para Pensyarah DAG Lulus SKM Pengkhususan Perkhidmatan Sokongan Animasi 2D

Oleh Inv. Juliana binti Mohamed
21 Jun 2023, 7:36 pm
Para Pensyarah DAG Lulus SKM Pengkhususan Perkhidmatan Sokongan Animasi 2D

KUALA LUMPUR: Seramai enam orang staf akademik program Diploma Teknologi Animasi (DAG) dari Jabatan Teknologi Maklumat (JTM), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menghadiri Penilaian Amali Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) – Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu Pengkhususan Perkhidmatan Sokongan Animasi 2D bertempat di Fakulti Animasi dan Multimedia, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Program penilaian ini dianjurkan oleh ASWARA dengan Kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.

Penilaian selama sehari itu telah dijalankan dengan jayanya dan kesemua calon-calon yang hadir telah lulus pensijilan tersebut.

Ini melayakkan kesemua staf akademik program DAG diberi anugerah pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 daripada ASWARA.

ASWARA bercadang memberi penganugerahan pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 kepada semua staf DAG yang lulus pada Majlis Konvokesyen ASWARA tahun 2024.