Berita
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia

PAGOH: Satu sesi perbincangan dua hala telah diadakan antara Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Perbincangan ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan memorandum persefahaman (MOU) diantara BPLTV dan UTHM, dalam perkongsian kepakaran tenaga pengajar UTHM dengan sekolah menengah teknik (SMT).
Turut dibincangkan, bentuk kerjasama yang boleh diwujudkan antara UTHM dengan guru dan murid SMT, pendedahan kepada kemahiran atau pengetahuan teknologi terkini, program-program pengajian yang ditawarkan di UTHM, serta program jangka masa pendek yang boleh dilaksanakan untuk guru dan murid SMT.
BPLTV, KPM telah diwakili oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Puan Hadfizah binti Omar; Ketua Penolong Pengarah, Encik Mohd Nazri bin Ab. Aziz dan Encik Yusri bin Hussain; serta Penolong Pengarah, Puan Fazlin binti Ibrahim.
CeDS, UTHM pula diwakili oleh Timbalan Dekan Akademik, Ts Amir Khan bin Suwandi; serta Ketua-ketua Jabatan atau wakilnya.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan…
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B…
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor