Berita
Lawatan CeDS ke JPN Johor
JOHOR BAHRU: Pusat Pengajian Diploma (CeDS) dengan kerjasama Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat UTHM (ICRC) dan Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat (PPKK) telah melaksanakan lawatan strategik ke Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPN Johor). Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memperkenalkan Program Diploma UTHM kepada murid-murid lepasan SPM di Negeri Johor serta mempromosikan kelebihan dan peluang yang ditawarkan.
Dalam sesi mesyuarat bersama unit HEM, Sektor Pembangunan Murid, JPN Johor, wakil dari UTHM telah berkongsi visi dan misi CeDS, sambil menyampaikan pembentangan khusus mengenai manfaat dan prospek Program Diploma UTHM kepada murid-murid sekolah.
Perbincangan bersama pihak JPN Johor dan UTHM melibatkan beberapa program yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat seperti Jom Masuk U 2024, Program Anak Angkat dan Pendidikan Digital di kalangan murid-murid di negeri Johor yang menerapkan nilai Karakter Murid Johor (KrMJ).
Salah satu langkah penting yang diambil dalam lawatan ini adalah meminta bantuan JPN Johor untuk menyebarkan poster promosi UTHM melalui platform WhatsApp kepada semua kaunselor di sekolah-sekolah Negeri Johor. Langkah ini diharapkan dapat mendorong murid-murid lepasan SPM untuk memilih Program Diploma UTHM sebagai destinasi mereka untuk melanjutkan pelajaran.
Kerjasama erat antara UTHM dan JPN Johor diharapkan dapat memperluas pengetahuan tentang CeDS serta memberikan peluang pendidikan yang berkualiti kepada pelajar-pelajar tempatan. Langkah-langkah promosi ini dijangka memberi impak positif dalam meningkatkan kesedaran dan minat pelajar-pelajar terhadap Program Diploma UTHM di Negeri Johor.
Ikuti perkembangan lanjut CeDS dan inisiatif kerjasama di laman web rasmi CeDS UTHM untuk mendapatkan informasi terkini.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor