Skip to main content

Berita

Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global

Oleh Ts Rosni binti Ramle
15 September 2021, 10:48 am
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global

PAGOH: Pada 9 September 2021 telah berlangsungnya program Advanced Global Project Based Learning (AgPBL) 2.0 yang bertemakan Cyber-Physical Society secara dalam talian melalui aplikasi Zoom anjuran bersama Kumpulan Fokus ITecH, Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di bawah kelolaan Ts Dr Shelena Soosay Nathan dan Shibaura Insititute of Technology (SIT), Jepun yang telah disertai oleh pelajar dan ahli akademik dari kedua-dua institusi.

Program ini adalah rentetan dari program AgPBL yang telah dilaksanakan pada tahun 2019 di SIT.

Program dimulakan dengan ucapan aluan dan tayangan montaj dari kedua-dua institusi, disusuli ucaptama dari Prof. Dr Ku Ruhana binti Ku Mahamud dari Jabatan Sains Komputer, Universiti Utara Malaysia berkenaan Internet of Things (IoT) and Future.

Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk sesi perkenalan dan pembentangan serentak berkenaan projek IoT.

Selepas setiap pembentangan, berlakunya sesi soal jawab, perbincangan, dan cadangan kolaborasi yang dipengerusikan oleh pihak SIT.

Sesuai dengan moto UTHM Dengan Hikmah Kita Meneroka, program yang mengaplikasikan pembelajaran berasaskan projek ini telah berjaya membuka peluang kolaborasi antarabangsa antara kedua-dua institusi dalam bidang IoT, dan selari dengan slogan UTHM UTHM Produces Professionals, program ini mampu melahirkan pakar bertaraf profesional dalam bidang IoT dan mampu merentasi kehendak global.