Berita
CeDS Mengungguli Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Universiti Awam

AYER KEROH: Pasukan Q-PPD telah berjaya mendapat Pingat Emas di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Universiti Awam (KIK UA). Konvensyen yang diadakan selama tiga hari bermula 19 Ogos, telah diadakan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), dan disertai oleh 35 pasukan dari 20 universiti awam (UA).
Di konvensyen tersebut Pasukan Q-PPD telah membentang sebuah projek bertajuk Kelewatan Memasukkan Markah Latihan Industri Pelajar, di mana sebuah sistem yang dinamakan Industrial Training Assessment System (ITAS) telah dicipta. Antara kelebihan utama ITAS berbanding sistem sedia ada adalah soalan rubrik yang dinamik dan boleh berubah mengikut keperluan fakulti mahupun jabatan. Selain itu, ITAS dapat menganalisis data secara automatik dalam bentuk grafik, serta dibina berasaskan skrin responsif, sekali gus menjadikan ia mesra pengguna.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Lawatan CeDS ke JPN Johor
