Berita
Seminar ‘PO Check’ UTHM: Persiap Graduan Kimia Laku Keras di Pasaran Kerja

PAGOH: Jabatan Sains dan Matematik, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh telah menganjurkan Program Seminar bertajuk "PO Check'!: Mentafsir Program Learning Outcome (PLO) dalam Pembelajaran". Program wajib ini memfokuskan kepada semua pelajar Program Diploma Kejuruteraan Teknologi Kimia (DAK).
Sesi penerangan utama telah dikendalikan oleh wakil Jawatankuasa OBE, Dr Siti Samahani binti Suradi. Selain mengupas struktur OBE, beliau memberikan penekanan mendalam mengenai konsep penilaian berterusan bagi mencapai Course Learning Outcome (CLO), PLO, dan Program Educational Objectives (PEO) demi mendokong misi serta visi universiti. Kupasan ini penting bagi memastikan pelajar menguasai kemahiran yang relevan dengan keperluan industri kimia dan alam pekerjaan.
Bagi mengukuhkan pengisian tersebut, Dr Raudah binti Mohd Adnan telah mengendalikan sesi penilaian pemahaman pelajar melalui slot soal jawab interaktif. Sesi ini bertujuan menguji tahap kefahaman mereka terhadap impak PLO kepada kebolehpasaran, selain diselitkan dengan penerangan mengenai kemudahan di UTHM bagi menyokong kelancaran akademik sepanjang pengajian.
Melalui pendekatan bertemakan Dari Pembelajaran ke Kerjaya, seminar ini diharap mampu melahirkan graduan DAK yang kompeten dan bersedia sepenuhnya melangkah ke sektor industri.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
