Berita
MIRAI SAKURA 26’: Program Mobiliti Antarabangsa Perkukuh Jaringan Akademik dan Pengantarabangsaan UTHM

NAGOYA DAN TSU, JEPUN: Seramai 10 orang pelajar bersama Ts Dr Hazlini binti Dzinun, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Penerbitan dan Pembangunan), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), telah menyertai MIRAI SAKURA 26’ Mobility Programme yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Diploma (PPD) dengan kerjasama Sekretariat Rukun Negara (SRN). Program ini melibatkan lawatan akademik ke Nagoya Institute of Technology (NITech), Mie University dan Toyota Commemorative Museum of Industry and Technology, Jepun.
Sepanjang program, delegasi berpeluang mengikuti sesi perkongsian akademik, lawatan ke makmal penyelidikan berteknologi tinggi, aktiviti pertukaran budaya bersama pelajar NITech serta pendedahan kepada ekosistem inovasi dan industri Jepun. Kemuncak program ialah Majlis Menandatangani Letter of Intent (LoI) antara UTHM, NITech dan Mie University, yang menjadi asas kepada pengukuhan kerjasama strategik dalam bidang mobiliti pelajar, pertukaran staf akademik, penyelidikan bersama, perkongsian kepakaran serta pembangunan program akademik bertaraf antarabangsa.
Program ini bukan sahaja memperkasa kompetensi global dan kepimpinan pelajar TVET, malah memperkukuh reputasi UTHM sebagai universiti berorientasikan pengantarabangsaan. Selaras dengan aspirasi UTHM Global Technopreneur University 2030 dan agenda pendidikan tinggi negara, inisiatif ini diyakini mampu melahirkan graduan yang berdaya saing di peringkat global serta memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pendidikan, penyelidikan dan inovasi di rantau ini.
MIRAI SAKURA 26’ Mobility Programme
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis… -
Perkongsian Permohonan Geran IMaP
