Berita
Pelajar CeDS Kenali Pengurusan Sisa Pepejal Bersama SWM Environment

SENAI: Pelajar Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia (DAK), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan lawatan industri ke Tapak pelupusan Sanitari Seelong, Senai, Johor dibawah pengurusan syarikat SWM Environment Sdn Bhd.
Lawatan pertama pada 18 Januari, telah disertai oleh pelajar Seksyen 1 program DAK yang terdiri daripada 23 orang pelajar yang dan empat orang pensyarah dari jabatan yang berbeza, Dr Siti Samahani binti Suradi dari Jabatan Sains dan Matematik (JSM), Cik Nurul Nurizzati binti Mohd Ismail dari JSM, Puan Nurmina binti Abdullah dari Jabatan Kejuruteraan Kimia (JKM) dan Puan Hazirah binti Bujang Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA).
Manakala, lawatan kedua iaitu pada 25 Januari telah disertai oleh seramai 25 orang pelajar Seksyen 2, juga dari program DAK yang diiringi oleh tiga pensyarah dari Jabatan Sains dan Matematik, iaitu Dr Siti Samahani binti Suradi, Dr Norhazimah binti Abdul Halim, dan Puan Rozainita binti Rosley.
Tujuan lawatan sambil belajar ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang kaedah pengurusan sisa buangan harian domestik dan industri yang telah dilaksanakan oleh pegawai korporat industri dari SWM Environment Sdn Bhd yang diwakili oleh Encik Bakhtiar bin Azni bersama eksekutif kanan serta para jurutera seperti Encik Kanan a/l Subramaniam, Encik Izat dan Encik Kamarul.
Para pelajar telah didedahkan dengan konsep pembelajaran ini bukan sahaja tertumpu pada pemahaman secara teori, malahan kemahiran praktikal juga amat signifikan bagi membantu pelajar lebih memahami setiap proses yang dilaksanakan.
Beberapa tempat telah dilawati seperti rawatan air sampah, Leachate Treatment Process serta penghasilan semula bahan gas, Gas Facility Landfill bagi memahami proses sebenar yang telah diaplikasikan.
En Kanan, eksekutif kanan SWM Environment turut memberi sedikit perkongsian mengenai proses-proses yang dilakukan di Sanitari Seelong dan sesi soal-jawab dari pelajar bagi meningkatkan pemahaman mereka.
Selain itu juga, pengalaman ini dapat memberikan gambaran sebenar kepada para pelajar dalam menguruskan buangan sisa pepejal.
Pengalaman ini juga memberi impak yang besar kepada para pelajar jurusan ini ketika menjalankan latihan industri pada semester akhir akan datang.
Justeru, lawatan sambil belajar seharian, anjuran JSM, CeDS ini banyak memberikan manfaat kepada para siswa dan siswi dalam meneliti skop yang dipelajari.
Hal ini dikatakan demikian kerana lawatan ini telah menggalakkan mereka agar lebih berinspirasi secara langsung atau tidak langsung menambahkan minat dalam bidang yang diceburi sekali gus telah membuka minda mereka mengenai peluang kerjaya yang bersesuaian.
Keseluruhannya, lawatan anjuran ini bukan sahaja dapat menambah pengetahuan berkaitan bidang ini malahan para siswa dan siswi juga dapat memupuk rasa tanggungjawab untuk bersama-sama menjaga alam sekitar agar memudahkan proses pengurusan sisa buangan.
Tambahan lagi, pengisian yang padat ini dapat menarik minat para pelajar untuk menceburi pekerjaan yang berkaitan bidang ini dan diadaptasikan kelak di alam pekerjaan.
Lawatan ke Tapak Pelupusan Sanitari
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
