Berita
KUDAH Tingkatkan Kesedaran Mengenai Kepentingan Menjaga Sistem Saliran

PANCHOR: Program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) ini merupakan program yang melibatkan seramai 95 orang pelajar tahun 2, Diploma Kejuruteraan Awam sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi kursus Mekanik Bendalir yang memerlukan mereka membantu komuniti menyelesaikan masalah setempat.
Program berkonsep KUDAH ini juga ialah salah satu program yang telah diperkenalkan di negara ini bertujuan melestarikan bumi dengan menjaga sistem saliran setempat.
Ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran awam akan kepentingan menjaga sistem saliran lebih-lebih lagi dengan ketidaktentuan bencana banjir akhir-akhir ini.
Di samping aktiviti mengutip sampah dan pembersihan sistem saliran kawasan persekitaran Masjid dan Balai Raya Kampung Jawa, pelajar-pelajar juga membantu memperindahkan Balai Raya dengan mengecat, melukis dan aktiviti-aktiviti lain.
Secara keseluruhannya, program ini telah memberi impak yang positif kepada pelajar dan diharap menjadi titik permulaan hubungan diantara Jabatan Kejuruteraan Awam, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan Komuniti Setempat khasnya Kampung Jawa, Panchor.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
