Berita
Young Technologist @ School Physics is Life 2023

PAGOH: Jabatan Sains Dan Matematik (JSM), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan suatu program berbentuk Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM) iaitu Program Young Technologist @ School 2023 pada 29 November 2023 yang lalu.
Program yang telah diadakan secara atas talian tersebut adalah merupakan program kolaborasi bersama Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Kluang.
Program ini telah disertai oleh 98 orang peserta yang terdiri daripada 50 orang murid SRAB, 42 orang mahasiswa tahun 1 Diploma Sains Gunaan (1 DAU) serta 6 orang pensyarah dari JSM.
Program ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar sekolah untuk mengukuhkan kefahaman mengenai manfaat dan kepentingan pengaplikasian fizik dalam kehidupan seharian.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah persembahan video daripada pelajar 1 DAU mengenai konsep fizik, pertandingan kuiz yang menarik serta penayangan video mengenai aktiviti-aktiviti lalu bersama SRAB.
Bahan-bahan yang telah digunakan sepanjang program boleh dicapai semula di laman sesawang sulamdau.blogspot.com.
Kompilasi bahan-bahan ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan oleh pelajar SRAB untuk tujuan pembelajaran di masa hadapan kelak.
Walaupun program telah dijalankan secara atas talian, namun ianya penuh dengan pengisian yang informatif, bermanfaat dan menarik.
Sekalung tinggi penghargaan dan jutaan tahniah diucapkan kepada barisan pelajar dan pensyarah JSM yang telah banyak membantu memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini.
Diharap program ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam pengaplikasian ilmu fizik dan hubungan baik antara pihak universiti dengan pihak luar khususnya SRAB pada masa akan datang.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
