Berita
Strategi Pencapaian Cemerlang: Bengkel Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan 2024 CeDS

AYER KEROH: Bengkel Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan 2024 Pusat Pengajian Diploma (CeDS) telah di adakan pada 14 hingga 15 Februari 2024 dengan jayanya di Mudzaffar Hotel, Jalan Wisma Persekutuan, MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Bengkel anjuran CeDS ini telah dihadiri oleh barisan ahli pengurusan CeDS terdiri daripada Timbalan Dekan Akademik (TDA), Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (TDHEPA), ketua-ketua kluster di bawah TDA, TDHEPA, Kluster Timbalan Dekan Pembangunan, Penyelidikan Dan Penerbitan CeDS dan barisan pejabat pentadbiran sebagai urus setia. Ts Dr Mohd Shahir bin Yahya, selaku Dekan CeDS turut hadir bagi merasmikan dan mempengerusikan bengkel ini.
Pelaksanaan bengkel ini adalah bertujuan untuk menyemak dan menilai pencapaian SKT 2023 CeDS serta mengenal pasti punca sasaran yang tidak dicapai pada tahun 2023 melalui pembentangan Refleksi Pencapaian 2023 CeDS oleh Dekan CeDS. Selain itu, pelaksanaan bengkel ini adalah bagi penetapan SKT 2024 CeDS berasaskan kepada SKT UTHM dan SKT 2023 CeDS yang masih belum dicapai atau memerlukan kesinambungan untuk tahun-tahun berikutnya serta menyediakan dokumentasi bagi pencapaian SKT 2024 CeDS.
Di kesempatan ini juga, Dekan CeDS menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada para peserta dan urus setia program kerana memberikan komitmen yang tinggi sepanjang program ini berlangsung. Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif yang telah dirancang.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
