Berita
Program SULAM di SK Parit Setongkat Pupuk Kesedaran Kepentingan Kitar Semula dan Inovasi Produk

PAGOH: Seramai 58 orang pelajar tahun 2 Diploma Sains Gunaan (DAU) di bawah kursus Perniagaan dan Keusahawanan (DAN20103) telah mengadakan Program Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM) Waste to Wealth bersama murid tahun 5 dan 6 SK Parit Setongkat pada hari Khamis, 6 Jun 2024 yang lalu.
Program ini telah diadakan bertujuan untuk memperkenalkan lilin dan sabun yang dihasilkan daripada minyak terpakai.
Selain itu, aktiviti penjualan minyak terpakai juga turut diadakan.
Produk-produk yang dihasilkan serta aktiviti penjualan minyak sejajar dengan konsep inovatif Waste to Wealth"
Kesemua produk ini dijual dengan harga yang berpatutan.
Oleh itu, program ini sekali gus telah memupuk kesedaran murid SK Parit Setongkat tentang kepentingan kitar semula, pengurusan perniagaan, dan inovasi produk.
Hal ini secara tidak langsung telah membentuk murid menjadi individu yang lebih cakna akan alam sekitar dan berpotensi menjadi usahawan berjaya pada masa akan datang.
Selain daripada sesi jualan sabun dan lilin, pelbagai aktiviti telah dijalankan kepada murid, termasuklah aktiviti senamrobik, teka silang kata, ball point, dan teka-teki gambar.
Secara tidak langsung, program ini telah menerapkan kreativiti dan pemikiran inovatif serta meningkatkan pengetahuan dalam kalangan murid.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
