Berita
Maklumat Sehenti Penerbitan (One-Stop-Publishing Info)

PAGOH: Pusat Pengajian Diploma (CeDS) melalui Jawatankuasa Penerbitan telah membangunkan Maklumat Sehenti Penerbitan (One-Stop-Publishing Info) di laman sesawang CeDS UTHM. Laman tersebut boleh diakses menerusi pautan https://ceds.uthm.edu.my/penyelidikan-dan-inovasi/one-stop-info-publishing bermula pada Ogos 2024.
Tujuan maklumat sehenti ini adalah untuk menyampaikan maklumat-maklumat berkaitan penerbitan seperti senarai persidangan dan penerbit jurnal berindeks ISI, Scopus serta MyCite mengikut kluster bidang. Selain itu, maklumat berkaitan jurnal-jurnal pemangsa (predatory journal) juga disenaraikan untuk memudahkan staf membuat semakan sebelum menghantar artikel ke satu-satu penerbit jurnal.
Maklumat-maklumat ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa serta ditambah baik. Justeru, dengan adanya maklumat sehenti ini, semoga ia dapat memudahkan staf akademik untuk mencari maklumat berkaitan penerbitan artikel serta menyemarakkan lagi penulisan ilmiah di CeDS.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
