Berita
Syarahan Jurutera Kanan Lynas Malaysia Dedah Pelajar Kepada Pemprosesan Unsur Nadir Bumi
PAGOH: Program Syarahan Industri bersama panel penasihat industri program Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia (DAK) anjuran Kumpulan Fokus Sustainable and Renewable Resources Research Group (SURE) dan Jabatan Sains dan Matematik (JSM), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), telah diadakan pada 19 Mei 2025 secara maya melalui platform Google Meet. Seramai 107 pelajar Tahun 2 program DAU dan DAK, bersama 28 pensyarah dan CeDS telah mengambil bahagian dalam program syarahan perdana ini. Syarahan ini disampaikan oleh Ts Mohd Azlan bin Hj. Mat Ali, merupakan Jurutera Proses Persekitaran Kanan daripada Lynas Malaysia Sdn Bhd dengan tajuk Rare Earth Process and Unit Operation in Lynas Advance Material Plant.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang pemprosesan unsur nadir bumi (rare earth elements) yang dilakukan di Lynas Malaysia. Peserta didedahkan dengan proses operasi secara menyeluruh seperti penapisan, pelarutan, penghabluran, pemisahan fasa dan rawatan air sisa dalam loji pemprosesan bahan nadir bumi. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan terperinci tentang setiap unit operasi yang terlibat, antaranya pengurusan sisa, pematuhan alam sekitar dan kawal selia. Melalui perkongsian pengalaman penceramah, pelajar mendapat motivasi untuk meneroka bidang kerjaya dalam pengurusan unsur nadir bumi. Program ini juga dapat memperkukuh hubungan antara universiti dan pihak industri serta membuka peluang kerjasama yang holistik pada masa hadapan.
Secara keseluruhannya, program ini memberi impak positif kepada pelajar dengan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan untuk menghadapi cabaran dalam industri. Selain itu, pensyarah juga dapat menambah pengetahuan berkaitan teknologi semasa dan operasi industri sebenar, yang boleh dijadikan contoh kes dalam pengajaran dalam bilik kuliah. Melalui sesi perkongsian ini juga dapat membuka peluang untuk mengemas kini kandungan kursus program yang ditawarkan di JSM dengan memasukkan elemen industri sebenar agar menjadikan pengajaran lebih relevan dan kontekstual. Disarankan agar program seumpama ini diteruskan dengan kerjasama pihak industri bagi meningkatkan kualiti pendidikan teknikal dan vokasional khususnya kepada program dibawah Jabatan Sains dan Matematik (JSM).
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor