Berita
UTHM-UIN Walisongo Perkukuh Rangkaian Akademik dan Penyelidikan Nusantara

PAGOH: Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menerima kunjungan rasmi delegasi Fakulti Sains dan Teknologi, Universitas Islam Negeri (UIN) Walisongo, Semarang, Indonesia. Delegasi ini terdiri daripada Prof. Madya Dr Hamdan Hadi Kusuma, Prof. Madya Dr Ervin Tri Suryandari dan Dr Mujiasih.
Lawatan ini bertujuan memperkukuh kerjasama dalam bidang akademik, penyelidikan dan pembangunan pelajar antara kedua-dua institusi. Majlis turut menyaksikan pemeterian Letter of Intent (LOI) antara UTHM dan UIN Walisongo, ditandatangani oleh Dekan CeDS, Dr Muhammad Faizal bin Ismail dan Prof. Madya Dr Hamdan Hadi Kusuma bagi pihak UIN. Turut hadir dalam majlis ini ialah wakil Pejabat Antarabangsa (IO) dan wakil Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC), UTHM yang menyokong usaha ke arah kerjasama rentas sempadan ini.
Sebagai sebahagian daripada program lawatan, delegasi dibawa melawat beberapa makmal pengajaran dan penyelidikan di UTHM Pagoh bagi melihat kemudahan serta teknologi pendidikan yang disediakan.
Satu sesi perbincangan bersama para pensyarah Jabatan Sains dan Matematik turut diadakan bagi meneroka potensi kerjasama dalam penyelidikan bersama, pembangunan kurikulum, pertukaran pelajar dan program akademik bersama.
Kerjasama ini dijangka menjadi asas penting ke arah hubungan strategik jangka panjang, sekali gus memperkukuh jaringan pendidikan tinggi antara Malaysia dan Indonesia berteraskan nilai keilmuan, profesionalisme dan silaturahim antara dua negara serumpun.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
