Berita
Perkukuh Kemahiran Penulisan Kertas Teknikal: Pelajar Diploma Sains Gunaan Ikuti Taklimat Secara Dalam Talian

PAGOH: Seramai 42 orang pelajar Tahun 2 Diploma Sains Gunaan, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menyertai sesi taklimat penulisan kertas teknikal secara dalam talian menerusi platform Microsoft Teams pada 28 Mei 2025.
Program ini merupakan anjuran Jabatan Sains dan Matematik, Pusat Pengajian Diploma, UTHM sebagai sebahagian daripada usaha berterusan jabatan dalam menyokong kecemerlangan akademik pelajar. Jabatan Sains dan Matematik sentiasa komited untuk menganjurkan program-program yang dapat membantu meningkatkan kemahiran dan kecemerlangan pelajar.
Taklimat selama satu jam, yang berlangsung dari pukul 2:00 hingga 3:00 petang, telah disampaikan oleh Dr. Adnin Afifi binti Nawi, Pensyarah di Jabatan Sains dan Matematik, Pusat Pengajian Diploma, UTHM. Antara intipati utama taklimat ialah pendedahan kepada format penulisan kertas teknikal yang betul, langkah-langkah untuk mendapatkan laporan Turnitin, serta strategi menulis secara tersusun dan berkesan.
Kemahiran penulisan teknikal amat penting untuk menyampaikan idea secara tersusun, mengelakkan isu plagiat, serta membentuk komunikasi yang jelas dalam bidang sains gunaan. Melalui taklimat ini, pelajar diberi pendedahan yang berguna untuk menghasilkan kertas teknikal yang berkualiti dan menepati standard akademik.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
