Skip to main content

Berita

Lawatan Industri Kumpulan Fokus Penyelidikan Dari CeDS UTHM ke Global Art and Creative Sdn Bhd Perkukuh Jalinan Kerjasama

Oleh Inv. Dr Juliana binti Mohamed, Dr Zuraida binti Ibrahim, Dr Junita binti Sulaiman, Ts Muhammad Amirul bin Razali, Cik Amirah Barieah binti Amran, Encik Mohamad Fazirul Rafiq bin Afandi, Encik Muhammad Fazrulhelmi bin Ahmad, Encik Mohammad Haikal Danial bin Mohammad Jota
12 Februari 2026, 4:29 pm
Lawatan Industri Kumpulan Fokus Penyelidikan Dari CeDS UTHM ke Global Art and Creative Sdn Bhd Perkukuh Jalinan Kerjasama

BATU PAHAT: Kumpulan Fokus Penyelidikan Multimedia and Animation Creative Content (MA2C), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan lawatan industri ke Global Art and Creative Sdn Bhd, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Lawatan yang diketuai oleh Inv Dr. Juliana binti Mohamed ini bertujuan meneroka peluang kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi dan industri, khususnya dalam bidang inovasi, penyelidikan dan pembangunan pendidikan kreatif. Turut serta dalam lawatan ini ialah barisan pensyarah dan pegawai akademik CeDS.

Sepanjang lawatan, pihak Global Art and Creative Sdn Bhd, Parit Raja yang diketuai oleh Encik Amirul Ariff, Director dan Principal, telah menyampaikan sesi pengenalan dan taklimat berkaitan latar belakang organisasi, pendekatan pendidikan seni serta potensi kolaborasi bersama UTHM.

Kemuncak program ialah majlis menandatangani Surat Hasrat (LoI) antara UTHM dan Global Art and Creative Sdn Bhd, Parit Raja sebagai langkah awal ke arah kerjasama rasmi merangkumi latihan industri, projek inovasi bersama serta pemindahan ilmu.

Lawatan ini diharap dapat menyokong agenda pembelajaran berasaskan industri serta memperkukuh ekosistem inovasi dan penyelidikan CeDS, selaras dengan aspirasi universiti dan keperluan industri kreatif semasa.