Berita
Memacu Kecemerlangan Akademik: Sesi Strategik KPI SKTU dan Laluan Kenaikan Pangkat CeDS Bersama TNCPI

PAGOH: Satu sesi pertemuan strategik telah diadakan bersama YBhg Prof. Ts Dr Rabiah binti Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) (TNCPI) bagi membincangkan hala tuju petunjuk prestasi utama (KPI) sasaran kerja tahunan universiti (SKTU) serta kriteria kenaikan pangkat khusus untuk Pusat Pengajian Diploma (CeDS).
Sesi ini telah dihadiri oleh Dekan, Dr Muhammad Faizal bin Ismail serta Timbalan Dekan Penyelidikan, Penerbitan dan Pembangunan (TD PPP), Ts Dr Hazlini binti Dzinun. Perbincangan memberi penekanan kepada pemerkasaan pencapaian penyelidikan, penerbitan berimpak tinggi serta keselarasan KPI dengan keperluan semasa universiti.
Dalam sesi tersebut, TD PPP turut membentangkan strategi CeDS bagi mencapai KPI SKTU, yang merangkumi pemerkasaan penerbitan berindeks dan peningkatan kualiti penyelidikan, pengukuhan aktiviti inovasi dan pengkomersilan produk dan pemantapan sokongan kepada staf dalam memenuhi laluan kenaikan pangkat.
Salah satu inisiatif baharu yang diperkenalkan ialah pembangunan Digital Showroom PPD, iaitu platform bagi mempamerkan hasil produk dan inovasi warga CeDS secara lebih sistematik dan menarik. Inisiatif ini dijangka dapat meningkatkan keterlihatan produk, memperluas peluang jaringan industri serta menyokong usaha pengkomersilan secara lebih berkesan.
Antara perkara utama lain yang disentuh termasuk penambahbaikan sasaran KPI SKTU agar lebih realistik dan berimpak serta penetapan garis panduan serta jangkaan yang lebih jelas bagi kenaikan pangkat staf akademik.
Dalam sesi yang sama, TNCPI turut mengadakan pertemuan bersama Ts Inv. Dr Rafizah binti Mohd Hanifa, penerima Anugerah Harta Intelek Negara 2026 (AHIN2026) bagi kategori hak cipta. Beliau merupakan satu-satunya wakil dari UTHM yang menerima pengiktirafan berprestij tersebut. Pertemuan ini menjadi platform perkongsian pengalaman serta inspirasi dalam memperkukuh budaya inovasi dan perlindungan harta intelek dalam kalangan warga akademik.
Secara keseluruhannya, sesi ini diharap dapat memperkukuh kefahaman dan komitmen warga CeDS dalam mencapai KPI yang ditetapkan serta merancang laluan kerjaya akademik dengan lebih strategik, berfokus dan berimpak tinggi.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Lawatan CeDS ke JPN Johor
